Sunday, 8 December 2013

Imaginasi Seorang Hamba


Assalamualaikum...

Bila kita terlampau menaruh harapan dan kita sedar harapan itu terlalu sukar menjadi realiti, luka yang terbit mungkin bernanah tanpa disedari..

Fantasi yang diidam menjadi mimpi paling ngeri dalam coretan kisah hidup... Jatuh terduduk terdiam tanpa esakan.. Hati yang dulu empuk, kian kering seakan tidak bernyawa..

Nak menangis??
Nak meraung?? Untuk apa?

Duduk sejenak.. FIKIR!!!!
Siapa yang karang kisah hidup kita? Pasti pengaranngnya mahukan jalan cerita yang berpenghujung gembira bukan?

Bersabarlah... pasti kisah kita menemui kegembiraan dan kebahagiaan kelak ... Cuma saat ini, kita masih belum tahu berapa episod cerita kita didunia...

Bila waktu dan ketikanya kisah kita akan diakhiri.. Siapakah pelakon yang akan turut serta dalam cerita kita..Semuanya sudah tertulis lengkap didalam skrip kita, cuma belum dilakon layarkan lagi...

Sabar & Doa... Jalan terbaik...

No comments: