Monday, 17 December 2012

Tangisan tanpa Airmata



Assalammualaikum...

Di saat jari jemari sy yg kasar ni menulis, hati insan ni sedang kecewa..Kesian hati sy, maaf kan sy andai selalu buat awak menangis ye encik hati...semoga awk trus kukuh dan sihat dlm bdan sy.. InsyaAllah..

Alunan nasyid dipasang bg menenangkan jiwa yang pilu.. entah kenapa pabila melihat atau terkenang sesuatu, air jernih bercucuran jatuh ke pipi.

Insan ini mahu menyembunyikan rasa pilu itu, tetapi nyata tidak mampu menipu hatiku sendiri..Kian beberapa ketika sy cuba untuk menyimpan air jernih itu dari terus mengalir, tetapi sy tewas juga..

Hatiku belum cukup kuat untuk bertahan..Puas dipujuk-pujuk tetapi masih belum cukup mantap untuk menghadapinya.


Wahai hati..
sampai bila kau mahu terus bergelumang dengan mutiara jernih??sampai bila?? sesungguhnya sy lemah.. sangat lemah untuk terus membiarkan airmata ini mengalir..

Wahai hati..
Maafkan sy  kerna selalu buat awk sangat terluka..
Menangis didalam tanpa menzahirkan mutiara jernih itu..
Sesungguhya sy tahu, tangisan itu lebih menyakitkan dan menyeksakan berbanding tangisan yg diiringi airmata..

Maafkan sy wahai hati, 
Mungkin diri ini terlampau menjaga hati yg lain, natijahnya hati sendiri bagai dirobek-robek..
Sebolehnya sy mahu berjanji utk tidak melukai hati ini lg, tapi sy tidak mampu... 
Sy hanya mampu untuk menutup kepiluan itu dgn ketawa shj..





Lots Of Love,

No comments: