Saturday, 17 November 2012

SANG ADAM & SANG HAWA




Assalammualaikum..


Ketika Adam berada di syurga,
Apa sahaja yang ada di dalam syurga itu berupa nikmat!
Segala nikmat yang tidak pernah berkurang,
Namun Adam tetap gelisah dan resah dalam kesepian.
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam di syurga.

Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampingnya
Dalam kesenangan yang tidak terkata itu.
Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian,
Adam turun ke bawah pohon-pohon rendang
Mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi
Indah!!  Namun, hatinya tidak juga tenteram. malah makin tertikam..

Tatkala, angin meniup sepoi-sepoi bahasa
Dan dedaun bergelek gemalai dan mendesirkan suara sayup2,
maka terkesanlah dihati Adam perasaan sayu.


Dirasakan seperti derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Allah kepadanya.
Tetapi, Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyian itu kepada Allah.
Allah maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam qalbu hambaNYA.

Ketika Adam sedang nyenyak tidur,
Allah menyampaikan wahyu.kepada Malaikat Jibril AS
Agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri...

Adam tidak berasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut.
Dan dengan kudrat Allah yang apabila Ia kehendaki terjadinya sesuatu,
cukup dengan berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam
sebagai insan kedua penghuni syurga.
 Juga sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam.
Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yang boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut,
Di atas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam,
sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak
yang sedang terbaring tidak jauh di depannya.

Butir2 fikiran dan perasaan yang bergelombangan dalam sanubari Hawa,
seolah2 merupakan arus elektrik yang datang mengetuk Qalbu Adam.
Ia langsung berasa seperti mimpi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam...

Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk seperti dirinya
 Tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring.
Beberapa kali Adam menggosok matanya
Kerana tidak percaya pada apa yang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya
Seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampu manja,
Diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang nyata memberikan sinar harapan
bagi sesiapa yang melihatnya...

Sesungguhnya, memang diciptakan Hawa itu
Dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna!
Ia dihiasi kecantikan, penuh lemah-lembut,
dan kasih sayang penuh kesucian, keibuan,
dan segala sifat keperibadian yang terpuji.

Ia wanita tercantik yang menghiasi syurga.
Dan kecantikannya itu diwarisi turun temurun.
Dan daripadanyalah maka ada kecantikan
yang diwariskan kepada semua wanita yang datang selepasnya.

Adam tidak kurang hebatnya!
Dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa sekecil kecacatan pada dirinya.
Kerana Adam itu makhluk yang diciptakan
secara langsung dari Allah SWT tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang ada pada seorang lelaki
semuanya terhimpun padanya.
Dan kecantikan itu pulalah
sebagai anugerah Allah kepada makhlukNYA yang bergelar manusia...

Bahkan diriwayatkan kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan
Dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata-kata yang paling segar dan diingati Adam
Adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus2,

"A...ku... a..ku...aku... dijadikan untukmu! "

Kata2 itu nikmat yang menambahkan kemesraan Adam dan Hawa.
Adam sedar bahawa nikmat itu datang daripada Allah,
Dan cinta itu juga datang daripada Allah...
Dengan mengenali cinta,makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam...
Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta...

Diperintahkan kepada semua malaikat dilangit
Untuk berkumpul bersama2
dibawah pohon "Syajarah Thuba' "
menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa...

Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman :

" Segala puji adalah kepunyaanKU, segala kebesaran adalah pakaianKU,
segala kemegahan adalah hiasanKU, 

Dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKU...
Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa,
Aku menikahkan Hawa dengan Adam,
kedua-dua ciptaanKU dengan mahar, 
dan hendaklah kedua-duanya 
bertahlil dan bertahmid kepadaKU!

Subahanallah! Indahnya aturan Allah kan ?? Sesungguhnya kita tak tahu apa yang Allah dah aturkan kepada kita. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah...


Ya Allah, 
Aku mahu mencintai bakal zauj ku seperti Sang Hawa mencintai Adamnya...
Apabila aku mencintai seorang Adam, 

bermakna aku mencintai Pencipta kepada Adam itu!

Ya Allah, 

Kau bantulah aku untuk memperbaiki diri ku yang serba kekurangan ini 
sebelum KAU izinkan aku bertemu dengan Adamku...

Ya Allah, 

Permudahkanlah segala urusanku...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...



Nota siku : Pengaruh cerita adam hawa lah ni.. haha


Lots Of Love,



No comments: