Monday, 13 August 2012

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H oleh Cahaya Iman


Assalammualaikum..

Salam ramadhan...hanya tinggal 4 hari je lagi kita berpuasa dan kita akan bertemu pula dgn bulan syawal yg akan kunjung tiba hari ahad ni...pasti kalian sedang buat persiapan utk menyambut kedatangan syawal kn?? Sempena kedatangan syawal ni, sy nak buat ucapan sikit lah..cewahhhh.... haha..



Okeyh..sila jangan gelak dengan tajuk di atas. itu je yang terlintas difikiran sy sekarang...hehe..bukan perutusan raja sehari ye, jgn salah baca pulak..hikhikhik..

Okeyh, sempena kedatangan bulan yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan, berjabat tangan, mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sesama Islam..

Lupakanlah sengketa lama, padamkanlah api kemarahan, hilangkanlah hasad dengki, lupuskanlah dendam membara dan tanamkanlah seribu satu kemaafan di dalam jiwa.

Ikhlaskanlah hati memohon keampunan dan kemaafan di atas segala salah & silap yang pernah dilakukan semenjak diri bergelar seorang insan... memohon keampunan sesama insan & juga kpd Allah SWT...

Buangkan segala ego dalam diri dan ikhlaskanlah hatimu untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadapmu. Tiada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT...

Ringankanlah beban saudara seIslammu dengan memaafkan mereka, nescaya kamu akan memperolehi ganjaran yang lebih besar kelak. InsyaAllah...



Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: 


“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…” 


(Hadis Riwayat Muslim)

Maka dengan itu, diri ini dengan rendah hati ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan atas segala salah silap yang pernah dilakukan samada secara sengaja atau tak sengaja terhadap anda semua.


Kadangkala apabila emosi menenggelamkan kewarasan akal, pastinya diri ini ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tersilap bicara, terlepas perbuatan serta terlakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. harap dimaafkan segala khilaf diri ini. Ampun dan maaf dipinta. Maaf zahir dan batin.

Perutusan ini dengan seikhlas hati ditujukan buat anda semua :

Keluarga tersayang, mak, abah, along, kak long, akak, abg mi, abg, kak effa ,abg kad, kak izan & anak2 buah sy yg 8 org tu (alamak!!! ramainyerr) hehe.. 

Pakcik makcik serta sepupu2 yg sentiasa diingati..

Sahabat2, abg2 serta kakak2 kesayangan sy, kiena, asma, kak rina, kak eny, ellyz, shaerah, hafizah, adlan & abg long..

Sahabat2 serta guru2 di SKP4 & SMK SERI PERPATIH, sahabat2 & pensyarah di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR especially H1T7, sahabat2 & pensyarah di UPSI especially ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (kalau nak mention semua, memang tak cukup satu entri nanti. hehe..)

Tidak dilupakan juga kepada rakan2 blogger, kenalan2 luar, kenalan2 alam maya, & semua yang mengenali diri ini ^_^ ...



and last but not least, you ! 
yes you ! 
thanks for reading :)




SALAM LEBARAN... MINALAIDILWALFAIZIN...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

^____^



Lots Of Love,

No comments: