Monday, 2 July 2012

Migrain 0h migrain ..


Assalammualaikum..




Awok2 semua pernah sakit kepala??
Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba??
Sakit kepala memang boleh membuatkan awok2 hilang perhatian terhadap suasana sekeliling..
Berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira awok..

Ayat skema semacam lah pulak..haha...ok...baca bawah pulak..

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku...
Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti....

Tapi bagaimana pula jika awok alergik terhadap ubat migrain??
Atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat..


Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan mengalami dehidrasi. Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata

Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata 

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur

Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

6. Gunting Rambut (DONE with this)

Mungkin bagi sesetengah individu tidak sesuai untuk berambut panjang. Cara yang paling mudah, guntinglah rambut anda di kedai yg berdekatan..

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.


3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat

- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang



Nota siku : Sekadar perkongsian dr sy yg turut mengalami migrain...Lately, selalu sngt migrain ni menyerang..And yesterday, I made my decision to cut short my hair... no more migrain after this, hopefully..

Jika awok rasa tips diatas boleh dipercayai, amalkanlah.. jika tidak, terserahlah...tiada paksaan.. ^_^




Regards,



No comments: