Saturday, 9 June 2012

Kau ambik hati kau, cantum balik dengan gam gajah ..



Assalammualaikum...




Kehidupan seharian menuntut kita untuk sentiasa berhubung dengan orang sekeliling. Bukan seorang, bukan dua orang. Malah, ramai orang.

Kelemahan diri bila berkumpul ramai2 adalah hati sendiri menjadi amatlah rapuh. Senang sangat nak lemah. Senang sangat nak terasa. Sedih.

Walau dah berjuta kali dididik hati menjadi kering, terselit juga perasaan sedih. Menangis.

Walau dah beribu kali di 'brainwash' hati ni supaya menjadi cekal, namun ada saja serpihan yang terkeluar. Mengeluh.

Manusia itu aneh, bukan ?? Suka melukakan hati manusia lain sedangkan diri sendiri tak mahu terluka.

Senyumlah wahai hati. Senyumlah. Walau berjuta manusia lain mengherdik atau membenci dirimu kerana sesungguhnya kau berhak untuk gembira.





Regards,



No comments: