Sunday, 8 December 2013

Imaginasi Seorang Hamba


Assalamualaikum...

Bila kita terlampau menaruh harapan dan kita sedar harapan itu terlalu sukar menjadi realiti, luka yang terbit mungkin bernanah tanpa disedari..

Fantasi yang diidam menjadi mimpi paling ngeri dalam coretan kisah hidup... Jatuh terduduk terdiam tanpa esakan.. Hati yang dulu empuk, kian kering seakan tidak bernyawa..

Nak menangis??
Nak meraung?? Untuk apa?

Duduk sejenak.. FIKIR!!!!
Siapa yang karang kisah hidup kita? Pasti pengaranngnya mahukan jalan cerita yang berpenghujung gembira bukan?

Bersabarlah... pasti kisah kita menemui kegembiraan dan kebahagiaan kelak ... Cuma saat ini, kita masih belum tahu berapa episod cerita kita didunia...

Bila waktu dan ketikanya kisah kita akan diakhiri.. Siapakah pelakon yang akan turut serta dalam cerita kita..Semuanya sudah tertulis lengkap didalam skrip kita, cuma belum dilakon layarkan lagi...

Sabar & Doa... Jalan terbaik...

Tuesday, 28 May 2013

Pesanan Kepada Sang Hati


Assalamualaikum..

Pesanan buat sang HATI,
Jangan terlalu merindu,
Supaya tidak terlalu kecewa dikemudian hari.

Buat sang HATI,
Jangan mudah mempercayai,
Kelak merana dek kesombongan diri.

Pesan pada sang HATI, 
Beri ruang pada diri sendiri,
Agar tidak lagi menjadi luka di hati.

Pesan juga pada sang HATI,
Biarlah ada sedikit curiga menguasai,
Agar hari-hari yang mendatang tidak ditangisi


Friday, 4 January 2013

My Zauj to-be



Assalamualaikum,

Dear my zauj to-be,
I’m Nurul, my surname... now i’m 21...early childhood teacher to-be InsyaAllah..

Maybe still too young for me to talk about ‘life’(life dlm erti kata sebenar) haha.. but its ok la... i’m still wanna to talk about it because I think i’m very big(double meaning) now..hahaha... I mean i’m matured enough... I don’t know whats wrong wif my heart, my self now... I feel jealous when heard about the others with their zauj.. dunno why.. maybe its FITRAH.. hehehe..



I know, we haven’t know each other yet, but i know you are still out there.. I trust my Creator.. I trust Allah to declare who is my future zauj.. HE knows and already arrange the best fo me and for us... when the time comes, we can meet each other in the right way, InsyaALLAH... so, please be patient (^_^) and make du’a...

Now, i’m already started to pray and du’a everyday that we will meet as soon as possible and we can be the best for each other... InsyaALLAH... 



I also open a new book in my life... everyday is in a new page.. i will forget and regret every bad thing that I already done in my past and i’ll try to be the best and better person as you wish... 

IF i wanna get a good husband, I have to be a good girl too... I HAVE TO!!!

I hope you also will make changes in your life too..I really2 hope that you will be a good guy, have a good deed that can guide me in the right path and correct me if i’m wrong... can be my second hero after my 'abah'.. and also can be my second brother after my 'along & abang' that always take a good care of his only 'adik'..

Dear my zauj to-be,
I don’t care about all your past, BUT I just care about your present and future... and the others i’ll tell you later, insyaALLAH... (^_^)

Before I end up this, I would like to ask forgiveness for any mistakes that I have done before this... either you know or not and I will try to change myself to the right way... i’m trying to be the great for my Creator.. InsyaALLAH... pray for me and us... hope we will see in the future as soon as possible..

 I’ll wait for you every month, everyday, every second... May HIM bless us and guide us to the right path..






Nota kaki : Mood exam bertukar.. hohoho..



Lots Of Love,



Monday, 17 December 2012

Tangisan tanpa Airmata



Assalammualaikum...

Di saat jari jemari sy yg kasar ni menulis, hati insan ni sedang kecewa..Kesian hati sy, maaf kan sy andai selalu buat awak menangis ye encik hati...semoga awk trus kukuh dan sihat dlm bdan sy.. InsyaAllah..

Alunan nasyid dipasang bg menenangkan jiwa yang pilu.. entah kenapa pabila melihat atau terkenang sesuatu, air jernih bercucuran jatuh ke pipi.

Insan ini mahu menyembunyikan rasa pilu itu, tetapi nyata tidak mampu menipu hatiku sendiri..Kian beberapa ketika sy cuba untuk menyimpan air jernih itu dari terus mengalir, tetapi sy tewas juga..

Hatiku belum cukup kuat untuk bertahan..Puas dipujuk-pujuk tetapi masih belum cukup mantap untuk menghadapinya.


Wahai hati..
sampai bila kau mahu terus bergelumang dengan mutiara jernih??sampai bila?? sesungguhnya sy lemah.. sangat lemah untuk terus membiarkan airmata ini mengalir..

Wahai hati..
Maafkan sy  kerna selalu buat awk sangat terluka..
Menangis didalam tanpa menzahirkan mutiara jernih itu..
Sesungguhya sy tahu, tangisan itu lebih menyakitkan dan menyeksakan berbanding tangisan yg diiringi airmata..

Maafkan sy wahai hati, 
Mungkin diri ini terlampau menjaga hati yg lain, natijahnya hati sendiri bagai dirobek-robek..
Sebolehnya sy mahu berjanji utk tidak melukai hati ini lg, tapi sy tidak mampu... 
Sy hanya mampu untuk menutup kepiluan itu dgn ketawa shj..





Lots Of Love,

Saturday, 17 November 2012

SANG ADAM & SANG HAWA




Assalammualaikum..


Ketika Adam berada di syurga,
Apa sahaja yang ada di dalam syurga itu berupa nikmat!
Segala nikmat yang tidak pernah berkurang,
Namun Adam tetap gelisah dan resah dalam kesepian.
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam di syurga.

Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampingnya
Dalam kesenangan yang tidak terkata itu.
Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian,
Adam turun ke bawah pohon-pohon rendang
Mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi
Indah!!  Namun, hatinya tidak juga tenteram. malah makin tertikam..

Tatkala, angin meniup sepoi-sepoi bahasa
Dan dedaun bergelek gemalai dan mendesirkan suara sayup2,
maka terkesanlah dihati Adam perasaan sayu.


Dirasakan seperti derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Allah kepadanya.
Tetapi, Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyian itu kepada Allah.
Allah maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam qalbu hambaNYA.

Ketika Adam sedang nyenyak tidur,
Allah menyampaikan wahyu.kepada Malaikat Jibril AS
Agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri...

Adam tidak berasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut.
Dan dengan kudrat Allah yang apabila Ia kehendaki terjadinya sesuatu,
cukup dengan berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam
sebagai insan kedua penghuni syurga.
 Juga sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam.
Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yang boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut,
Di atas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam,
sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak
yang sedang terbaring tidak jauh di depannya.

Butir2 fikiran dan perasaan yang bergelombangan dalam sanubari Hawa,
seolah2 merupakan arus elektrik yang datang mengetuk Qalbu Adam.
Ia langsung berasa seperti mimpi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam...

Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk seperti dirinya
 Tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring.
Beberapa kali Adam menggosok matanya
Kerana tidak percaya pada apa yang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya
Seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampu manja,
Diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang nyata memberikan sinar harapan
bagi sesiapa yang melihatnya...

Sesungguhnya, memang diciptakan Hawa itu
Dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna!
Ia dihiasi kecantikan, penuh lemah-lembut,
dan kasih sayang penuh kesucian, keibuan,
dan segala sifat keperibadian yang terpuji.

Ia wanita tercantik yang menghiasi syurga.
Dan kecantikannya itu diwarisi turun temurun.
Dan daripadanyalah maka ada kecantikan
yang diwariskan kepada semua wanita yang datang selepasnya.

Adam tidak kurang hebatnya!
Dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa sekecil kecacatan pada dirinya.
Kerana Adam itu makhluk yang diciptakan
secara langsung dari Allah SWT tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang ada pada seorang lelaki
semuanya terhimpun padanya.
Dan kecantikan itu pulalah
sebagai anugerah Allah kepada makhlukNYA yang bergelar manusia...

Bahkan diriwayatkan kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan
Dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata-kata yang paling segar dan diingati Adam
Adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus2,

"A...ku... a..ku...aku... dijadikan untukmu! "

Kata2 itu nikmat yang menambahkan kemesraan Adam dan Hawa.
Adam sedar bahawa nikmat itu datang daripada Allah,
Dan cinta itu juga datang daripada Allah...
Dengan mengenali cinta,makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam...
Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta...

Diperintahkan kepada semua malaikat dilangit
Untuk berkumpul bersama2
dibawah pohon "Syajarah Thuba' "
menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa...

Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman :

" Segala puji adalah kepunyaanKU, segala kebesaran adalah pakaianKU,
segala kemegahan adalah hiasanKU, 

Dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKU...
Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa,
Aku menikahkan Hawa dengan Adam,
kedua-dua ciptaanKU dengan mahar, 
dan hendaklah kedua-duanya 
bertahlil dan bertahmid kepadaKU!

Subahanallah! Indahnya aturan Allah kan ?? Sesungguhnya kita tak tahu apa yang Allah dah aturkan kepada kita. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah...


Ya Allah, 
Aku mahu mencintai bakal zauj ku seperti Sang Hawa mencintai Adamnya...
Apabila aku mencintai seorang Adam, 

bermakna aku mencintai Pencipta kepada Adam itu!

Ya Allah, 

Kau bantulah aku untuk memperbaiki diri ku yang serba kekurangan ini 
sebelum KAU izinkan aku bertemu dengan Adamku...

Ya Allah, 

Permudahkanlah segala urusanku...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...



Nota siku : Pengaruh cerita adam hawa lah ni.. haha


Lots Of Love,



Sunday, 7 October 2012

♥ Nilai Sebuah Kemaafan ♥


Assalammualaikum..

Sy godek2 blog org, jumpe nih... selamat membaca... >love<

*********************************************

Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita. 

Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.

Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.

Kita muhasabah.... 

Mungkin kita tidak tersedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap kita.

Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa berteman khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.

Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan 'kita bukan nabi, kita manusia biasa'...

Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini... lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.

Mengapa boleh berlaku sedemikian? 

Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.

Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim. Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.

Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. 

Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa.... Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa? 

Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.

Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?

Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.

Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.

Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang, memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga menzalimi diri mereka sendiri... Bukankah orang seperti itu patut didoakan?

Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita, mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri. 

Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan 'sekuat-kuat' mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan, kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa dan berupaya untuk membalasnya.

Maka doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.

Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu...
Amin ya Rabb.


Nota Siku : Ilmu yg diperoleh sewaktu  berblogwalking & merasakan ianya patut dikongsi bersama sebagai peringatan utk diri sendiri & sahabat2 tersayang..


Lots Of Love,


Saturday, 22 September 2012

Teruskan Perjuangan


Assalammualaikum..



Berjalanlah kamu dengan penuh semangat dan harapan,
Walau pada hakikatnya hidup anda tidak bahagia...

Berikanlah kamu seukir senyuman mesra,
Walau pada hakikatnya, kamu tidak berasa gembira...

Teruskan langkah perjuangan kehidupan anda menuju kepadaNYA
Walau pada hakikatnya, kamu berasa lemah dan tidak berdaya...

Tetap dan tingkatkan azam anda untuk berhijrah kepada kebaikan,
Walau pada hakikatnya dosa telah banyak bergelimpangan bersama anda...

NAMUN, usah kau khuatir dan lemah semangat, 
Kerana DIA maha pengampun dan suka kan keampunan...

Bersyukurlah engkau menjadi hambaNYa,
Walau pada hakikatnya kau berasa kau selalu diuji...
ITU adalah kerana DIA amat kasih akan dirimu... Maka, bersyukurlah!


Teruskan perjuangan anda menuju pengakhirannya...^_^




Lots Of Love,


Monday, 17 September 2012

SEBELUM AKU BERNIKAH



Assalammualaikum...

Masa utk sy meng'update' blog yg dah bersawang nih...
Almaklumlah,musim raya lah, merdeka lah, hari Malaysia lah.. lepas tu kalut2 nk daftar semester baru lah...
Bila dah penat mesti nk tidur lah pulak kerjanyerr..
So, x sempat nk jenguk blog ni... maka dgn itu, blog ni pun bersawang lah...hehe..

Haa, hari ni sy nk kongsi ilmu sikit lah.. harap2 semua sudi baca ye..
Last 2 week, sy ada beli 2 buah buku motivasi & sebuah novel(sila abaikan)

Okeyh, buku 1st, SEBELUM AKU BERNIKAH by HILAL ASYRAF dan buku yg kedua SMILE by IRMA HASMIE & ****...(erk, x ingt gandingan penulis yg sorang lg ni, sbbnyer buku dah bg pinjam kat kwn) hehe... sy juz nk story ttg buku yg 1st tu je..hehe...


Lets story begin ~ ~ ~
Orite, buku Hilal Asyraf tu kalau tgk dr segi tajuknyerr mesti ramai yg buat speculation yg sy ni mesti dah x sabar nk kahwin kan.. Haaa!!! thats why la tok nenek dulu2 ada cakap, dont judge a book by its cover..(cewahhh!!!)

Seriously buku ni mmg A++++... buku ni bukan totally fokus kpd persiapan perkahwinan yg pada dasarnya hanya mnejadi angan2 atau pemanis mulut, tp bg sy apa yg diceritakan atau dijadikan contoh mmg terjadi pada masyarakat atau remaja kini... 

x malu utk sy katakan, ada diantara contoh2 yg ada dalam buku ni pernah sy lakukan suatu ketika dulu ( kiranya bila baca tu mesti dialog ni selalu keluar dr mulut sy " aikk, mcm terkena kat btg hidung sendiri je" " mcm aku pnah ckp je benda ni sblom ni" 

Haa, seriously sy mmg suka buku ni...  buku ni jugak Hilal Asyraf ceritakan mcm mana beliau kenal dgn zaujah nyerr... Ohhh, sngt sweet...mcm mana penerimaan beliau bila cinta beliau ditolak oleh zaujahnyerr ( bukan tolak jatuh tersungkur tu ye)

Macam mana beliau berjumpa dgn family zaujahnyerr.. semuanya berjalan lancar... smooth je bak kata omputeh kan.. hehe..yg paling sy suka, pandangan beliau dlm 1 aspek yg kadang2 buat sy terfikir rasionalnyerr...

Again!!!
Sy TEKANKAN dkat sini, buku ni bukan sekadar utk persiapan perkahwinan bg remaja yg mahu mendirikan rumahtangga atau pun mahu mencari pasangan hidup, tp buku ni pun haruslah dibaca oleh ibu bapa yg akan menyerahkan anak mereka kepada pasangan masing2... 1 buku setebal 16bab yg merangkumi segala aspek ( bukan nk promote buku ye, harap maklum)


Nota siku: Selamat membaca ^_^


Lots Of Love,

Monday, 13 August 2012

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H oleh Cahaya Iman


Assalammualaikum..

Salam ramadhan...hanya tinggal 4 hari je lagi kita berpuasa dan kita akan bertemu pula dgn bulan syawal yg akan kunjung tiba hari ahad ni...pasti kalian sedang buat persiapan utk menyambut kedatangan syawal kn?? Sempena kedatangan syawal ni, sy nak buat ucapan sikit lah..cewahhhh.... haha..



Okeyh..sila jangan gelak dengan tajuk di atas. itu je yang terlintas difikiran sy sekarang...hehe..bukan perutusan raja sehari ye, jgn salah baca pulak..hikhikhik..

Okeyh, sempena kedatangan bulan yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan, berjabat tangan, mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sesama Islam..

Lupakanlah sengketa lama, padamkanlah api kemarahan, hilangkanlah hasad dengki, lupuskanlah dendam membara dan tanamkanlah seribu satu kemaafan di dalam jiwa.

Ikhlaskanlah hati memohon keampunan dan kemaafan di atas segala salah & silap yang pernah dilakukan semenjak diri bergelar seorang insan... memohon keampunan sesama insan & juga kpd Allah SWT...

Buangkan segala ego dalam diri dan ikhlaskanlah hatimu untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadapmu. Tiada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT...

Ringankanlah beban saudara seIslammu dengan memaafkan mereka, nescaya kamu akan memperolehi ganjaran yang lebih besar kelak. InsyaAllah...



Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: 


“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…” 


(Hadis Riwayat Muslim)

Maka dengan itu, diri ini dengan rendah hati ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan atas segala salah silap yang pernah dilakukan samada secara sengaja atau tak sengaja terhadap anda semua.


Kadangkala apabila emosi menenggelamkan kewarasan akal, pastinya diri ini ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tersilap bicara, terlepas perbuatan serta terlakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. harap dimaafkan segala khilaf diri ini. Ampun dan maaf dipinta. Maaf zahir dan batin.

Perutusan ini dengan seikhlas hati ditujukan buat anda semua :

Keluarga tersayang, mak, abah, along, kak long, akak, abg mi, abg, kak effa ,abg kad, kak izan & anak2 buah sy yg 8 org tu (alamak!!! ramainyerr) hehe.. 

Pakcik makcik serta sepupu2 yg sentiasa diingati..

Sahabat2, abg2 serta kakak2 kesayangan sy, kiena, asma, kak rina, kak eny, ellyz, shaerah, hafizah, adlan & abg long..

Sahabat2 serta guru2 di SKP4 & SMK SERI PERPATIH, sahabat2 & pensyarah di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR especially H1T7, sahabat2 & pensyarah di UPSI especially ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (kalau nak mention semua, memang tak cukup satu entri nanti. hehe..)

Tidak dilupakan juga kepada rakan2 blogger, kenalan2 luar, kenalan2 alam maya, & semua yang mengenali diri ini ^_^ ...



and last but not least, you ! 
yes you ! 
thanks for reading :)




SALAM LEBARAN... MINALAIDILWALFAIZIN...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

^____^



Lots Of Love,

Thursday, 26 July 2012

Berdoalah.. Minta pada Allah ~ Hlovate



Assalammualaikum..



Good advice..
Thanks Hlovate.. I Love your novels..



Lots of love,